Followers

Selamat Datang Ke Blog " Belajar Baiki Kereta " . Terima Kasih Kerana Singgah Di Blog Ini

Tahukah Anda


Terdapat 13,000 komponen  yang ada pada sesabuah kereta salon. Lebih dari 1,500 diantaranya berkerja antara satu dengan lain. Hampir 60 jenis bahan digunakan  didalam pembuatan sesabuah kereta. Hayat ekonomi bagi sesabuah kereta adalah 8 tahun atau 80,000 batu atau 128,000 kilometer. Didalam membincangkan tentang kereta biasanya para mekanik membahagikannya kepada tujuh kumpulan.
Kumpulan-kumpulanya adalah saperti berikut:-
  1. Kumpulan enjin
  2. Kumpulan brek dan tayar
  3. Kumpulan stering
  4. Kumpulan tranmisi
  5. Kumpulan elektrik
  6. Kumpulan saspensi
  7. Kumpulan badan
Diantara ketujuh-tujuh kumpulan ini, enjin merupakan kumpulan yang memainkan peranan  utama dan yang paling banyak membuat masaalah pada sesabuah kenderaan. Diikuti dengan kumpulan brek dan tayar, stering, tranmisi, elektrik saspensi dan badan kenderaan.
Mengapa enjin?
Kerana dialah yang menjadi penggerak utama bagi sesabuah kenderaan.  Pada enjin jugalah terdapat paling banyak komponen-komponen yang  bergerak dan berkerja antara satu dengan yang lain. Pada enjin juga terdapat banyak  komponen yang memerlukan pengelenggaraan berjadual. Jika penyelenggaraan ini tidak dilakukan dengan baik dan betul mengikut masa yang ditetapkan, kenderaan itu akan berhadapan dengan lebih banyak masaalah. Kerana masaalah ini juga anda mungkin berhadapan dengan risiko yang lebih bersar iaitu kemalangan jalan raya. Sayangilah diri sendiri, ibubapa, isteri dan anak-anak anda.. Dari itu kenali dan fahamilah  tentang kenderaan anda sendiri.
Cukup setakat ini bagi pemula bicara. Insya Allah saya akan menyambung bicara kereta ini dipaparan yang akan datang. Semoga coretan saya ini mendapat keberkatan dari Allah Yang Maha Pengasih disamping saya berkongsi pengetahuan dengan anda semua. Jangan lupa untuk mengikuti bicara selanjutnya di facebook ini  - Nukilan DOKTOR  KERETA  24/11/11

BREK DAN TAYAR



Kumpulan ini tidak kurang pentingnya daripada enjin   pada sesabuah  kenderaan. Ianya mempunyai jangka masa hayat kerana ianya jenis pakai  habis. Contoh, tayar apabila kita pakai ianya akan haus. Sama juga dengan pencengkam brek. Ada 2 jenis sistem brek iaitu brek kaki dan brek tangan. Brek kaki (biasanya kita pijak dengan kaki)  kita gunakan semasa hendak memperlahankan atau memberhentikan  kereta yang sedang bergerak ketika kita memandu manakala brek tangan biasanya digunakan satelah kereta berhenti dan “parking”.  

Brek berkerja dengan cara mengwujudkan geseran antara bahagian yang bergerak (drum dan disc pada tayar) dengan bahagian yang statik (pencengkam  shoe dan pad)

 Kumpulan ini sangat mustahak kerana ianya memainkan peranan utama untuk memperlahankan dan memberhentikan  kenderaan . Kegagalan pada kumpulan ini boleh menyebabkan kemalangan jalan raya.
Brek  mempunyai penyelenggaraanya yang tersendiri.  Khususnya apabila pencengkam brek telah haus atau jika terdapat  kebocoran pada saluran paip minyak brek dan jika pam brek tidak berfungsi dengan baik.  Jika kita tidak mengambil berat pada perkara-perkara sebagini ianya membahayakan orang yang menaiki kereta tersebut.

Bila  membicarakan kumpulan ini, biasanya kita bahagikan kepada 3 bahagian iaitu

  1. Bahagian pam.
  2. Bahagian saluran paip minyak brek.
  3. Bahagian pengcengkam.
Cara sistem ini bekerja.

Minyak brek dari dalam pam ditolak semasa kaki kita memijak pedel brek yang menyebabkan minyak brek mengalir ke saluran paip . Semasa ini tekanan yang tinggi berlaku pada sistem saluran minyak brek ini . Oleh kerana tekanan yang tinggi,  minyak brek menolak silinder brek yang bersambung dengan pencengkam brek pada tayar. Sekali gus pencengkam brek bergesel dengan drum atau disc yang menyebabkan geseran berlaku  dan menjadikan kenderaan menjadi  perlahan dan berhenti.

Secara keseluruhannya tahap kebaikan kumpulan ini sangat-sangat mustahak pada kenderaan anda. Ianya boleh membantu menghindarkan kita dari kemalangan jalan raya.

 Ada orang berkata “ apa nak fikir sangat, hantar saja ke workshop selesai masaalah”. Memang betul tapi tak semudah yang kita sangkakan. Bila kita hantar ke workshop untuk menukar pencengkam brek, makenik akan tukar pencengkam brek saja. Dia tak akan periksa saluran minyak brek yang  hampir rosak atau memeriksa pam yang telah mula bocor. Bagitu juga sebaliknya. Jika kita menyuruh makenik baiki pam, makenik tak akan periksa saluran minyak brek atau pencengkam brek. Kalau kita suruh makenik  periksa semua,  maka harga “workmanship” nya akan meningkat tinggi.

Saya rasa cukup setakat ini saja buat minggu ini. Semoga penerangan saya ini mendapat menafaat kepada anda semua dan mendapat keberkatan dari Allah SWT. Ini permulaan penerangan. Insya Allah saya akan menerangkan lebih terperinci lagi di satu bab yang akan datang. Jangan lupa untuk mengikuti siri penerangan ini lagi di laman blog ini. Nukilan – DOKTOR  KERETA   1/12/2011